• Nasi 7 Benua

    Published: Thursday, 12 October 2017
    A- A+

    JIKA anda sudah bosan dengan nasi putih, apa kata cuba Nasi 7 Benua.

    Hidangan tersebut menawarkan tujuh jenis nasi bersaiz kecil.

    Ia terdiri daripada nasi putih, tomato, kacang tanah, pandan, lemuni (herba wangi), minyak mentah dan hujan panas yang disusun kemas di atas pinggan.

    Setiap nasi menawarkan citarasa unik dengan tekstur berbeza.

    Menu dengan tujuh jenis nasi itu dijual pada harga RM2.

    Namun anda boleh menambah hidangan tambahan seperti ayam atau daging dengan harga berbeza.

    Kafe Koo Boo dibuka setiap Isnin hingga Sabtu bermula pukul 11 pagi hingga 10 malam. - Mstar

    Subjects:

  • No Comment to " Nasi 7 Benua "