• Nak Jual Dara Demi iPhone 8

    Published: Friday, 20 October 2017
    A- A+

    Apple baharu sahaja melancarkan tiga model iPhone terbaharu mereka iaitu iPhone 8, 8 plus dan X, yang mana bagi iPhone 8 dan 8 plus ia mula berada di pasaran sejak 22 September lalu.

    Melihat kepada trend sekarang di mana memiliki peranti jenama tersebut seolah satu kebanggaan kepada pemilik, ia sememangnya tidak menghalang seseorang untuk melakukan apa sahaja termasuklah tindakan terdesak seorang gadis di China yang sanggup menjual kesuciannya demi mendapatkan wang bagi membeli iPhone 8.

    Ya, gadis berusia 17 tahun yang dikenali sebagai Xiao Chen mengiklan di laman sosial untuk menjual dara semata-mata kerana kawan-kawannya sudah memiliki telefon pintar itu dan dia juga tidak mahu terlepas daripada mendapatkan model terbaharu itu yang dijual dengan harga bermula RM3,799.

    Jadi, untuk memenuhi keinginan itu Xiao menawarkan daranya dengan harga RMB20,000 (RM12, 700), yang mana ia sangat mencukupi sekiranya gadis muda itu mahu memiliki lebih daripada sebiji iPhone 8.

    “Tapi saya tidak memiliki duit sebanyak itu. Saya dapat tahu ada gadis di sekolah kami mampu peroleh pendapatan lebih 20,000 dengan menjual ini (dara),” kata Xiao.

    Tapi, adakah gadis ini akan mendapat apa yang diinginkannya seperti yang dirancang? Cerita lebih menarik bermula apabila iklan Xiao telah menarik perhatian seorang vlogger yang berasal dari Beijing, mengambil keputusan untuk memberikan pengajaran setimpal kepada pelajar sekolah itu.

    Nana Henying menyamar menjadi setiausaha kepada seorang lelaki kaya, yang kononnya ‘boss’ beliau berminat untuk membeli dara Xiao pada harga RMB20,000. Maka, pertemuan telah dibuat dan gadis muda itu datang, sebelum dia diminta pergi ke sebuah bilik hotel untuk ‘melayan’ lelaki berkenaan.

    Tanpa diketahui bahawa segalanya dirancang, Xiao akhirnya tiba di bilik hotel dan seorang lelaki memberikan dia sebuah iPhone 8. Tapi ternyata itu bukan ‘kegembiraan’ sebenar, sebaliknya gadis itu dikejutkan dengan kehadiran tiga lagi lelaki.

    Dua daripada mereka separuh bogel, sementara seorang lagi memegang kamera yang bersiap sedia mahu merakam ‘adegan’ mereka.

    Xiao yang terkejut dengan insiden itu cuba melarikan diri, namun dihalang oleh lelaki terbabit sebelum dia ditolak ke atas katil dan dipegang oleh dua lelaki, memberi gambaran seolah dia bakal dirogol bergilir-gilir.

    Dalam keadaan ketakutan, Nana kemudian muncul setelah bersembunyi di bilik air lalu menjerit ke arah Xiao, dengan tujuan untuk menyedarkan gadis itu bahawa tindakannya adalah salah.

    Nana mengarahkan keempat-empat lelaki keluar dari bilik dan Xiao kelihatan dalam keadaan penuh penyesalan.

    Video yang dimuat naik di laman Youtube pada 29 September lalu sudah mendapat tontonan lebih 425,136 kali, yang mana rata-rata pengguna media sosial bersetuju degan tindakan Nana memberikan pengajaran kepada Xiao.

    Jadi, kepada mereka di luar sana khususnya wanita, jangan terlalu terdesak untuk memiliki sesuatu sehingga sanggup menggadai maruah diri.-Malaysian Digest

    Subjects:

  • No Comment to " Nak Jual Dara Demi iPhone 8 "