• Najib Ucapkan Selamat Hari Pos Sedunia

    Published: Monday, 9 October 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan Selamat Hari Pos Sedunia kepada seluruh warga pos di Malaysia.

    “Dalam hujan dalam panas, mereka tetap bekerja agar segala kiriman sampai kepada penerima,” katanya dalam catatan di laman Twitternya.

    Hari Pos Sedunia disambut pada setiap 9 Okt oleh pentadbiran pos di seluruh dunia termasuk di Malaysia sebagai ulang tahun penubuhan Kesatuan Pos Sedunia pada 1874 di Bern, Switzerland.

    Sambutan itu bertujuan memberi kesedaran kepada umum mengenai peranan pos dalam pembangunan sosial dan ekonomi global. – BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Najib Ucapkan Selamat Hari Pos Sedunia "