• Najib Tinjau Persiapan Akhir Bajet 2018

    Published: Thursday, 26 October 2017
    A- A+


    PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meninjau persiapan terakhir Bajet 2018 di Kementerian Kewangan di sini.

    Ketibaan Najib yang juga Menteri Kewangan disambut pegawai dan petugas kementerian yang terlibat dalam penyediaan belanjawan itu, sebelum beliau melawat bilik-bilik operasi.

    Beliau diiringi Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz dan Datuk Lee Chee Leong, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Irwan Serigar Abdullah dalam tinjauan itu.

    Kebiasaannya, tinjauan persiapan bajet dilakukan pada waktu malam sehari sebelum hari pembentangan belanjawan.

    Najib dijadual membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat esok.

    Dalam entri blog najibrazak.com, perdana menteri berkata Bajet 2018 merupakan inisiatif baharu dan beberapa pengumuman penting akan disampaikan untuk manfaat semua rakyat Malaysia.

    Beliau berkata bajet itu akan terus dipacu oleh matlamat untuk memperbetulkan masalah lalu dan menjadikan Malaysia lebih kuat, lebih berdaya saing di dalam dan di luar negara. – BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Najib Tinjau Persiapan Akhir Bajet 2018 "