• Najib Postif Turunkan Lebih Ramai Calon Wanita

    Published: Monday, 16 October 2017
    A- A+

    Menteri Kebajikan, Komumiti, Kesejahteraan,Wanita, Keluarga dan Pembangunan Awal Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah melahirkan keyakinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mempertimbangkan untuk menampilkan lebih ramai calon wanita bagi mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

    Beliau berkata, Najib memberikan respons postif terhadap perkara tersebut semasa mesyuarat bersama Wanita BN di Kuala Lumpur pada Jumaat lepas.

    "Mesyuarat ini dihadiri wakil dari pelbagai parti komponen BN termasuk Sarawak dan Sabah. Reaksi beliau (mengenai calon wanita) amat positif," katanya seperti yang dilaporkan The Borneo Post.

    Menurutnya, antara faktor utama yang diambil kira untuk menampilkan calon wanita adalah disebabkan peratusan tinggi pengundi wanita yang secara tidak langsung boleh mempengaruhi keputusan undian.

    "Peratusan wakil wanita di Parlimen dan Kabinet Persekutuan masih kecil berbanding lelaki. Saya berharap Perdana Menteri akan melihat perkara ini sebagai pertimbangan," ujarnya.

    Fatimah menjelaskan, calon wanita di Malaysia sebenarnya mempunyai kelebihan dari segi kelayakan dan kemahiran yang turut menjadi penyumbang utama kepada negara.

    "Bagaimanapun, senarai calon masih perlu diputuskan parti komponen. Untuk ini, parti komponen yang perlu menamakan calon," jelasnya.-Sarawakiana


    Subjects:

  • No Comment to " Najib Postif Turunkan Lebih Ramai Calon Wanita "