• Najib Hargai Peranan Duta Besar China

    Published: Friday, 13 October 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan ucapan penghargaan kepada Duta Besar China ke Malaysia, Dr. Huang Huikang yang akan tamat tempoh perkhidmatannya hujung bulan ini.

    Perdana Menteri menerusi akaun Twitter beliau menyifatkan Huikang sebagai rakan baik kepada negara terutamanya dalam kalangan komuniti Cina di Malaysia.

    “Beliau memainkan peranan yang penting dalam membantu meningkatkan hubungan Malaysia-China ke tahap yang lebih tinggi.

    “Saya mengucapkan selamat berjaya kepada beliau dalam segala usahanya pada masa hadapan,” katanya. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Najib Hargai Peranan Duta Besar China "