• Najib Buka Peluang Kemajuan Untuk Sarawak

    Published: Thursday, 12 October 2017
    A- A+
    Sarawak semasa era pemerintahan Tun Mahathir begitu jauh ketinggalan dalam arus pembangunan yang seharusnya walaupun Sarawak merupakan antara negeri terbesar hasil gas dan minyak. Namun negeri ini tidak mendapat pulangan sepatutnya apabila Mahathir tidak begitu mengambil berat soal pembangunan Sarawak.

    Rentetan daripada hal sedemikian rupanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyedari hakikat yang Sarawak memerlukan sentuhan pembangunan yang drastik terutama pembangunan luar bandar. Dengan kerjasama yang baik bersama Ketua Menteri Sarawak yakni Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem, pembangunan yang diidam-idamkan oleh rakyat Sarawak mula menampak hasil.

    Lebuhraya Pan Borneo contohnya antara pembangunan yang mendapat kelulusan cepat dan termaktub dalam manifesto kerajaan persekutuan pada PRU13. Lebuhraya tersebut jika siapnya nanti akan memberi 1001 manfaat kepada penduduk luar bandar. Masyarakat luar bandar bukan sekadar melihat tetapi akan menikmati faedah peningkatan ekonomi jika bijak mengambil peluang.

    Bukan setakat penduduk luar bandar diberi perhatian, masyarakat yang berada di kawasan pesisir turut mendapat faedah apabila penambahbaikan jalan pesisir mula dilaksanakan seperti membina jambatan yang menghubungi pesisir Sarawak. Antara yang menjadi kenyataan ialah Jambatan Batang Sadong yang kini memudahkan rakyat Sarawak menuju destinasi yang dituju.

    Kini usaha pembangunan tersebut diteruskan lagi oleh Najib bersama Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg. Pelbagai perancangan pembangunan di rencanakan oleh kedua pemimpin terbabit sehingga Sarawak mampu menubuh syarikat gas dan minyak sendiri. Najib membuka peluang tersebut agar Sarawak mampu mengurus sumber gas dan minyak sendiri.

    Banyak lagi peluang yang Najib buka untuk pembangunan Sarawak kerana Najib pernah menyatakan yang beliau tetap memperjuangkan hak Sarawak dan akan membangunkan Sarawak seperti Semenanjung Malaysia. - A Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " Najib Buka Peluang Kemajuan Untuk Sarawak "