• Naib Presiden Parti Tempatan Sabah, Ahli Perniagaan Direman

    Published: Friday, 6 October 2017
    A- A+

    KOTA KINABALU – Seorang pemimpin parti politik Sabah dan seorang ahli perniagaan direman selama lima hari mulai hari ini bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana RM180 juta berkaitan projek luar bandar di negeri ini.

    Majistret Stephanie Sherron Abbie mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman kedua-dua individu berkenaan sehingga 10 Okt ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 17A Akta SPRM 2009.

    Kedua-dua individu itu masing-masing ditahan pada jam 6.40 petang dan 8.45 malam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah, di sini, semalam.

    Mereka tiba di Mahkamah Kota Kinabalu pada 2.35 petang tadi. – BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Naib Presiden Parti Tempatan Sabah, Ahli Perniagaan Direman "