• Naib Juara Remaja Dunia 2017 Milik Jun Hao

    Published: Sunday, 22 October 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR - Peluang untuk menyaksikan Malaysia melahirkan seorang lagi jaguh tidak kesampaian setelah pemain perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao kalah kepada Kunlavut Vitidsarn di pentas akhir Kejohanan Remaja Dunia di Yogyakarta, Indonesia, hari ini.

    Jun Hao yang juga memegang gelaran juara remaja Asia tahun itu tewas di tangan pilihan utama dari Thailand itu 21-17, 15-21, 9-21 dalam tempoh satu jam lima lima minit.

    Untuk rekod, Malaysia pernah melahirkan dua jaguh ramaja dunia menerusi Zulfadli Zulkiffli menerusi perseorangan lelaki pada 2011 dan pemain perseorangan perempuan Goh Jin Wei tahun 2015.- UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Naib Juara Remaja Dunia 2017 Milik Jun Hao "