• Nabila Huda Puas Hati Cara Produksi Tombiruo

    Published: Saturday, 7 October 2017
    A- A+

    DEMAM filem Tombiruo: Penunggu Rimba perkahan-lahan sedang melanda peminat novel thriller hasil karya Ramlee Awang Murshid itu.

    Selaku pelakon filem itu, Nabila Huda ketika ditemui Astro Gempak turut memuji hasil kerja yang telah ditunjukkan oleh krew produksi filem tersebut kerana dikatakan agak sistematik.

    “Team Tombiruo sangat menepati masa. Saya tidak perlu menunggu lama di set penggambaran. Cara kerja mereka sangat sistematik dan proses penggambaran berjalan dengan begitu lancar.

    “Saya juga jarang jumpa pelakon lain di set kerana jadual sangat tersusun. Saya datang ke set melunaskan babak yang memerlukan kehadiran saya dan terus pulang tanpa tunggu,” kata Nabila.

    Bagi Nabila yang lebih mesra disapa Abil, dia sangat berharap agar peminat setia novel karya Ramlee Awang Murshid ini berpuas hati dengan hasil yang telah mereka berikan selama hampir 2 jam durasi filem itu ditayangkan.

    Tambah Abil, dia sendiri sudah baca bahagian penting di dalam novel tersebut sebagai rujukan. Walaupun keseluruhan novel tidak dapat diterbitkan di dalam filem itu, namun bahagian yang terpenting sudah diutamakan oleh Ramlee sendiri selaku penulis novel.

    “Jangan risau kerana sudah pastinya produksi telah memasukkan teras penceritaan dalam filem agar tidak mengubah bayangan penonton setia novel ini,” tambah Abil lagi.

    Kalau pelakon pun dah kata filem ni seronok, nampaknya memang puas hatilah filem ni kan.

    Mesti peminat novel Tombiruo:Penunggu Rimba sendiri dah tak sabar nak tunggu filem ini ditayangkan.

    Jangan lupa saksikan filem ini pada 12 Oktober di pawagan berdekatan anda. Filem ini turut dibarisi pelakon hebat yang lain iaitu Zul Ariffin, Datuk M. Nasir, Farid Kamil dan ramai lagi. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Nabila Huda Puas Hati Cara Produksi Tombiruo "