• Myanmar Minta PBB Tarik Laporan Kebuluran

    Published: Tuesday, 17 October 2017
    A- A+

    NAYPYIDAW - MYANMAR. Agensi bantuan makanan dari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menarik satu laporan kritikal berkenaan isu kebuluran di kalangan pelarian Rohingya atas permintaan kerajaan Myanmar.

    Laporan oleh World Food Programme (WFP) tersebut memberi amaran mengenai 80,000 kanak-kanak pelarian Rohingya berumur kurang lima tahun mengalami penurunan berat badan merbahaya, dedah The Guardian.

    Laporan enam muka surat tersebut pada mulanya disiarkan pada Julai tahun ini dan telah digantikan dengan satu kenyataan lain.

    Kenyataan tersebut mengatakan 'kerajaan Myanmar dan WFP sedang bekerjasama untuk satu laporan baru'.

    Laporan terdahulu telah dihasilkan dengan kerjasama dengan kerajaan tempatan di Rakhine.

    Kata kenyataan itu lagi, proses berkenaan 'akan melibatkan wakil-wakil dari kementerian kerajaan dan akan bertindak balas terhadap keperluan satu pendekataan umum' yang sejajar dengan 'kerjasama diantara WFP dan kerajaan pada masa hadapan'.

    Pendedahan penyimpanan laporan tersebut dijangka menambah kritikan terhadap PBB yang sebelum ini dituduh tidak memberi tekanan yang secukupkan kepada kerajaan Myanmar berkenaan isu Rohingya.

    Tak cukup dengan itu, seorang pegawai PBB di Myanmar akan meninggalkan negara berkenaan akhir bulan ini selepas didakwa menyimpan satu lagi laporan.

    Pegawai PBB yang akan mengantikan tempat pegawai tersebut masih belum diumumkan.

    -Sinar Harian

    Subjects:

  • No Comment to " Myanmar Minta PBB Tarik Laporan Kebuluran "