• Myanmar Benar PBB Agih Semula Makanan Di Utara Rakhine

    Published: Friday, 27 October 2017
    A- A+

    GENEVA - Pihak berkuasa Myanmar bersetuju membenarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyambung semula pengagihan makanan di utara wilayah Rakhine selepas bantuan itu digantung selama dua bulan.

    Menurut jurucakap Program Makanan Sedunia (WFP), Bettina Luescher, pihaknya kini sedang bekerjasama dengan negara berkenaan untuk menyelaras secara terperinci pengagihan tersebut.

    Katanya, tiada had masa atau perincian tentang pengagihan makanan kepada penduduk minoriti Islam Rohingya yang masih mendiami kawasan berkenaan.

    "Kami menunggu untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku di kawasan berkenaan kerana pada masa ini sukar untuk mengeluarkan sebarang kenyataan jika tidak boleh memasuki kawasan tersebut," katanya.

    Sebelum ini WFP mengagihkan bekalan makanan kepada 110,000 penduduk beragama Islam dan Buddha di utara Rakhine. - REUTERS

    Subjects:

  • No Comment to " Myanmar Benar PBB Agih Semula Makanan Di Utara Rakhine "