• MRA Bantu Masyarakat Pantai Timur Sabah

    Published: Monday, 2 October 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Malaysia Relief Agency (MRA) mengunjungi pantai timur Sabah, baru-baru ini, bagi meningkatkan kesedaran berhubung pendidikan dan kesihatan.

    Program pada 26 Sptember hingga 30 September itu, disertai 18 Sahabat MRA dari Kedah dan Sabah, terdiri daripada doktor perubatan dan sukarelawan.

    Presiden MRA, Dr Mohd Daud Sulaiman, berkata pihaknya memberikan perkhidmatan rawatan kesihatan, berkhatan secara percuma serta menyampaikan sumbangan buku dan peralatan solat kepada penduduk di beberapa kawasan terbabit.

    Katanya, antara kawasan yang dikunjungi adalah Pulau Omadal, Kampung Gusung Melanta, Pulau Bum-Bum, Pulau Mabul dan di Kampung Kunak 3.

    "Program ini mendapat sambutan yang amat baik daripada masyarakat pantai timur Sabah amnya dan komuniti Bajau Laut khasnya.

    "Saya berharap agar lebih banyak badan korporat, agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu bekerjasama bagi menjayakan program atau aktiviti kesukarelaan dan kemanusiaan di Sabah pada masa akan datang.

    "Orang ramai terutama generasi muda juga digalakkan untuk menyertai Sahabat atau sayap sukarelawan MRA," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

    Misi selama empat hari itu diketuai oleh Penyelaras MRA Sabah, Alex Dennis dan Pengerusi MRA Kedah, Dr Mohd Saifullah Alhany Abdul Halim.

    Mereka yang ingin menyertai Sahabat MRA boleh melayari laman sesawang www.mra.my. - BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " MRA Bantu Masyarakat Pantai Timur Sabah "