• Monarch Airlines Tamatkan Operasi

    Published: Monday, 2 October 2017
    A- A+


    BENGALURU: Kira-kira 110,000 penumpang terkandas dan 300,000 tempahan tiket terpaksa dibatalkan apabila Monarch Airlines menghentikan operasinya serta-merta.

    "Dengan rasa dukacita kami ingin mengumumkan Monarch menghentikan semua penerbangan dan percutian," kata Penerbangan Awam Britain (CAA) menerusi laman Twitter.

    Persaingan sengit dalam sektor penerbangan dipercayai memberi tekanan kepada kebanyakan syarikat penerbangan di Eropah.

    Keadaan itu juga memaksa syarikat seperti Air Berlin dan Alitalia memfailkan kebankrapan tahun ini dan mencari pelabur untuk menghidupkan perniagaan mereka yang lain.

    Susulankeputusan itu, CAA dalam satu kenyataan berkata, kerajaan mengarahkan pihaknya menyewa lebih 30 pesawat untuk membawa balik penumpang penerbangan Monarch yang ketika ini berada di luar negara. - REUTERS

    Subjects:

  • No Comment to " Monarch Airlines Tamatkan Operasi "