• Model Tak Cukur Bulu Kaki Diugut Rogol & Bunuh

    Published: Monday, 9 October 2017
    A- A+


    SEORANG model Sweden mendedahkan dia telah diugut akan dirogol dan dibunuh selepas menjadi model untuk iklan Adidas dalam keadaan kakinya yang tidak dicukur dan dipenuhi bulu.

    Arvida Bystrom, 26, telah mendedahkan perkara itu di Instagramnya. Dia menerima ugutan berkenaan selepas iklan itu diterbitkan.

    Begitupun Arvida mendapat pujian ramai kerana berani mencabar dirinya untuk sebaris dengan model-model lain yang dianggap sempurna oleh masyarakat.

    Arvida berani menunjukkan siapa dirinya yang sebenar dan dia tidak mahu berpura-pura untuk kelihatan cantik.

    Model berkenaan bukan pertama kali menerima ancaman terbabit. Malah Arvida pernah berdepan dengan kritikan selepas memuatnaik gambar dirinya tanpa mencukur bulu ketiak.

    “Ini adalah perempuan paling jijik aku pernah jumpa seumur hidup,’’ demikian komen kejam netizen di dalam Instragramnya. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Model Tak Cukur Bulu Kaki Diugut Rogol & Bunuh "