• Model Rusia Tak Kerja Lebih Masa - Agensi China

    Published: Monday, 30 October 2017
    A- A+


    SHANGHAI: Agensi China yang mewakili model Rusia berusia 14 tahun yang meninggal dunia selepas terlibat dalam Minggu Fesyen Shanghai menafikan dakwaan bahawa gadis tersebut dipaksa bekerja lebih masa dan kepenatan.

    Vlada Dzyuba mendakwa berasa pening dan mula demam pada Selasa lalu dan dibawa ke sebuah hospital di Shanghai keesokan harinya.

    Namun dia disahkan meninggal dunia pada Jumaat selepas keadaannya semakin teruk.

    Portal The Siberian Times mendakwa Dzyuba meninggal akibat meningitis dan diburukkan lagi dengan simptom keletihan.

    "Kami minta maaf di atas kehilangan seorang bidadari," kata Pengurusan Model ESEE di Shanghai dalam satu kenyataan di Weibo.

    Ketua Eksekutif ESEE, Zheng Yi memberitahu Global Times bahaawa Dzyuba bekerja selama lapan jam sehari sepanjang tempoh dua bulan berada di China sebelum meninggal dunia.

    "Dzyuba mempunyai 16 kerja berbeza sepanjang tempoh dua bulan di China, dia diberi rehat yang cukup semasa bekerja.

    "Kebanyakan kerjanya selesai dalam tempoh lapan jam. Kerja agak sederhana jika dibandingkan dengan model lain," kata Zheng Yi.

    Selepas majlis di Shanghai itu, Dzyuba berlepas ke Yiwu, sebuah bandar yang terletak di selatan Shanghai tetapi sesi fotografi terpaksa dibatalkan kerana dia tidak sihat.

    Namun, Global Times memetik seorang wakil majlis tersebut sebagai berkata laporan bedah siasat mendapati Dzyuba mengalami septikopiemia, sejenis keracunan darah. - mStar

    Subjects:

  • No Comment to " Model Rusia Tak Kerja Lebih Masa - Agensi China "