• Minta Bantuan Interpol Kesan Jho Low

    Published: Monday, 23 October 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR - Kerajaan telah meminta bantuan Interpol untuk mengesan ahli perniagaan,ahli perniagaan Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low yang dikaitkan dengan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

    Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, bagaimanapun sehingga kini Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih belum menerima maklumat terperinci daripada Interpol mengenai Jho Low.

    “Kita amat yakin Interpol bertindak secara profesional cuma PDRM tidak dapat maklumat terperinci daripada Interpol.

    “Apa yang dilakukan oleh pihak antarabangsa telah dimuktamadkan dan saya yakin kes ini tidak lagi relevan kecuali dibangkitkan oleh ahli politik yang tidak berpuas hati,” katanya menjawab soalan tambahan daripada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) dalam sidang Dewan Rakyat di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE


    Subjects:

  • No Comment to " Minta Bantuan Interpol Kesan Jho Low "