• Miley Cyrus Menangis Bertemu Hilary Clinton

    Published: Saturday, 7 October 2017
    A- A+


    PENYANYI kontroversi, Miley Cyrus, menangis kegembiraan sewaktu dipertemukan dengan idolanya, Hilary Clinton, baru-baru ini.

    Dia yang menjadi tetamu rancangan bual bicara Tonight Show dipertemukan dengan Hilary sewaktu salah satu episod rancangan berkenaan.

    Hollywoodlife melaporkan, Miley begitu teruja untuk bertemu Hilary kerana kagum dengan perjuangan wanita itu.

    Terima kasih Hilary kerana selalu menjadi kekuatan dan harapan buat jutaan wanita muda.

    "Kamu adalah wanita contoh dan inspirasi buat kami," ujar Miley.

    Miley turut berkongsi gambar pertemuan istimewa itu dengan 72 juta pengikut instagramnya.

    Dalam pada itu, Miley kini sedang sibuk mempromosikan album terbaharunya, Younger Now yang dilancarkan pada 29 September lalu.-mStar


    Subjects:

  • No Comment to " Miley Cyrus Menangis Bertemu Hilary Clinton "