• Mayat Bayi Perempuan Ditemui Di Tapak Pembuangan Sampah

    Published: Monday, 23 October 2017
    A- A+

    MACHANG: Seorang pemandu lori Majlis Daerah Machang (MDM) terkejut selepas menemui mayat seorang bayi perempuan masih bertali pusat yang ditinggalkan di tapak pembuangan sampah di Kampung Bukit Tajol, Banggol Judah di sini hari ini.

    Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Dzulkifli Ab. Ghani berkata, polis menerima panggilan daripada pemandu lori terbabit memaklumkan kejadian itu kira-kira pukul 11.30 pagi.

    "Ketika ditemui tiada sebarang pakaian pada tubuh mayat bayi dipercayai jantina perempuan yang masih bertali pusat. Kawasan tersebut jauh dari jalan besar serta rumah penduduk selain dikelilingi hutan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

    Tambahnya, mayat bayi berkenaan dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat.

    Jelasnya, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat secara sulit. - K! ONLINE


    Subjects:

  • No Comment to " Mayat Bayi Perempuan Ditemui Di Tapak Pembuangan Sampah "