• Maut terhantuk ketika memancing

    Published: Monday, 30 October 2017
    A- A+


    MIRI: Seorang kapten kapal maut akibat parah di kepala selepas terhantuk pada dinding kapal ketika memancing di jeti dekat Piasau di sini, kelmarin.

    Lelaki berusia 71 tahun dikatakan tergelincir dan terjatuh sebelum kepalanya terhantuk pada dinding kapal yang berlabuh dekat jeti berkenaan jam 7 pagi.

    Sumber berkata, kejadian disedari seorang lelaki yang juga anak kapal berkenaan yang berusia lingkungan 30-an apabila menemui mangsa dalam keadaan telentang berlumuran darah.

    Menurutnya, lelaki terbabit membuat pemeriksaan dan mendapati mangsa tidak sedarkan diri dan segera menghubungi talian kecemasan.

    “Sepasukan anggota polis kemudiannya ke lokasi kejadian sejurus menerima laporan itu untuk siasatan lanjut.

    “Pasukan paramedik yang turut hadir di lokasi kejadian mengesahkan warga emas itu meninggal dunia,” katanya.-mymetro
  • No Comment to " Maut terhantuk ketika memancing "