• Maut Selepas Didenda Tak Minum Susu

    Published: Monday, 23 October 2017
    A- A+


    MAYAT seorang budak perempuan berusia tiga tahun ditemui selepas bapanya meninggalkannya di luar kediaman mereka pada pukul 3 pagi.

    Kanak-kanak itu yang didenda kerana tidak meminum susu kemudiannya didapati hilang.

    Wesley Mathews, 37 telah menyuruh anaknya, Sherin berdiri di tepi pokok di belakang pagar rumah mereka di pinggir Dallas dalam kejadian pada awal Oktober.

    Bapanya memberitahu polis, dia mendenda anaknya kerana tidak meminum susu dan susulan itu Mathews telah didakwa mengancam keselamatan kanak-kanak.

    Selepas dua minggu operasi mencari kanak-kanak itu dilancarkan, mayatnya telah ditemui berhampiran rumah keluarganya.

    Bagaimanapun, pihak polis tidak dapat mengesahkan identiti mayat yang ditemui itu, tetapi tidak menolak kemungkinan ia adalah Sherin.

    Menurut bapanya, dia meninggalkan anaknya kira-kira 15 minit sebelum kembali ke belakang rumahnya dan mendapati anaknya telah tiada.

    Bagaimanapun, Mathews hanya melaporkan perkara itu kepada polis pada pukul 8 pagi, kira-kira lima jam selepas kanak-kanak itu hilang.

    Beliau memberitahu pegawai polis, Sherin adalah anak angkatnya yang diambil dari rumah anak yatim di India.

    Ketika kejadian, ibu angkat kanak-kanak itu sedang tidur dan wanita berkenaan tidak dikenakan sebarang tindakan undang-undang.

    Pasangan itu mempunyai seorang lagi anak berusia empat tahun yang kini ditempatkan di rumah perlindungan. - mStar

    Subjects:

  • No Comment to " Maut Selepas Didenda Tak Minum Susu "