• Maut Kepala Terhantuk Tiang Lampu

    Published: Friday, 13 October 2017
    A- A+


    SEORANG wanita warga Rusia, Natalia Borisnova Borodina maut selepas kepalanya terhantuk pada tiang lampu jalan ketika menjengah keluar dari tingkap kereta yang sedang bergerak.

    Video kejadian yang berlaku di Republik Dominika itu berjaya dirakam oleh rakan mangsa, Ivanka Boirachuk, 32, yang juga pemandu kereta terbabit.

    Menerusi video berkenaan, penonton dapat menyaksikan bagaimana mangsa bermain-main di hadapan kamera sambil menjengah kepalanya keluar dari tingkap kereta.

    Insiden itu bertukar ngeri apabila kepala mangsa dilihat terhantuk pada satu objek keras dipercayai tiang lampu jalan.

    Kejadian itu berlaku di sebuah lebuh raya berdekatan Punta Cana.

    Rakannya segera memberhentikan kereta jenis Kia Picanto yang dinaiki mereka sejurus kejadian itu berlaku.

    Borisnova, 35, dikejarkan ke hospital dan disahkan meninggal di sana.-mStar

    Subjects:

  • No Comment to " Maut Kepala Terhantuk Tiang Lampu "