• Masing Mahu Wanita Dayak Pertama Dalam Parlimen

    Published: Wednesday, 4 October 2017
    A- A+

    Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing menyatakan keinginan beliau untuk melihat seorang wanita Dayak dari Parti Rakyat Sarawak (PRS) dipilih sebagai anggota Parlimen.

    Memetik laporan The Borneo Post, Masing berkata mahu melihat wanita dayak menjadi sebahagian daripada pentadbiran kerajaan persekutuan sebelum beliau bersara.

    "Saya telah meletakkan Dato Sri Doris Brodie sebagai Senator dan kemmudiannya menjadi wanita Dayak yang pertama menjadi Timbalan Speaker Dewan Negara. Sebelum bersaya, saya ingin melihat wanita Dayak dari PRS menjadi wakil rakyat.

    "Saya sudah tua. Semangat baru mesti disuntik semula ke dalam PRS. Perjuangan untuk kebaikan rakyat Sarawak perlu diteruskan," katanya.

    Beliau yang juga Presiden PRS berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga mahu sekurang-kurangnya 30 peratus wanita dalam kedudukan tertinggi di dalam syarikat-syarikat berkaitan kerajaan mahupun dalam bidang lain.

    "Dalam arena politik ini, penglibatan masyarakat Dayak sangat teruk. Kita tidak ada sesiapa!" tegasnya - Sarawakiana
  • No Comment to " Masing Mahu Wanita Dayak Pertama Dalam Parlimen "