• Mark Zuckerberg minta maaf

    Published: Monday, 2 October 2017
    A- A+


    NEW YORK: Pengasas dan Ketua Eksekutif Facebook Incorporated, Mark Zuckerberg, membuat permohonan maaf disebabkan cara kerja syarikatnya yang menjadi punca perpecahan masyarakat.

    "Memandangkan cara kerja saya yang lebih digunakan untuk memecah-belahkan daripada menyatukan, saya memohon maaf.

    "Saya akan berusaha untuk memperbaiki keadaan," katanya menerusi tulisan dalam laman Facebook.

    Jutawan muda itu tidak merujuk isu tertentu menerusi tulisan dalam mesejnya.

    Facebook dan beberapa syarikat teknologi lain kini dipantau susulan penyiasatan berhubung pembabitan Russia dalam kempen pilihan raya Presiden Amerika Syarikat 2016. - REUTERS

    Subjects:

  • No Comment to " Mark Zuckerberg minta maaf "