• Malaysia Tangani Tsunami Digital Dengan Baik

    Published: Friday, 6 October 2017
    A- A+


    CYBERJAYA – Malaysia bertindak balas dengan baik dalam menangani tsunami digital yang telah menjejaskan bukan sahaja kepada negara tetapi dunia, kata pakar digital.

    Pengarah Fakulti Perniagaan Universiti Multimedia, Prof. Dr. Murali Raman berkata Malaysia sedang bersedia dalam segala cara untuk memastikannya bersedia menghadapi cabaran dunia digital dengan bantuan pelbagai agensi.

    “Bagaimanapun, ekosistem digital perlu membina lebih banyak kerjasama antara peserta utama industri dan akademik, serta generasi muda untuk menyediakan mereka untuk menghadapi tsunami digital,” katanya kepada Bernama di luar acara Simposium Akademi MaGIC 2017 (MA2017) di sini hari ini.

    Beliau berkata antara langkah yang perlu diambil oleh peserta perindustrian digital ialah melaksanakan pemikiran reka bentuk untuk memastikan digital tempatan bersedia untuk menghadapi cabaran.

    “Bahagian yang kita boleh menambah baik mengenai kepimpinan digital ialah meningkatkan kesedaran tentang bagaimana untuk menjadi lebih tangkas, bagaimana syarikat besar dan pemimpin melakukan perkara lebih cepat sebelum terlambat,” katanya.

    Beliau berkata beberapa institusi tempatan telah diperakui oleh badan antarabangsa untuk melihat pemikiran reka bentuk dalam sektor akademik dan perindustrian.

    Kira-kira 2,000 peserta mengambil bahagian dalam simposium berkenaan yang menampilkan penceramah terkenal antara lain dari IDEO, Carousell, Tinder, Axiata, Katsana dan Pinterest. – BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Malaysia Tangani Tsunami Digital Dengan Baik "