• Malaysia sedang pertimbangkan menutup kedutaan di Pyongyang, Korea Utara - PM Najib

    Published: Monday, 30 October 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk menutup Kedutaan Malaysia di Korea Utara dan memindahkan akreditasi dari Beijing, China.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rangka lawatan beliau ke White House, Amerika Syarikat (AS) pada September lalu turut menyuarakan kebimbangan atas keselamatan dan keamanan di rantau Asia Pasifik ekoran ancaman Korea Utara.

    “Ancaman itu berkenaan Korea Utara yang menjalankan program ujian nuklear dan ujian peluru berpandu balistik.

    “Saya telah menyatakan bahawa Malaysia telah mengambil langkah untuk mematuhi semua resolusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang berkaitan dengan ancaman Korea Utara antaranya dengan mengurangkan bilangan pegawai diplomatik negara itu,” katanya ketika pada sesi lisan persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

    Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu) berhubung hasil serta kejayaan yang dikecapi Malaysia melalui lawatan Najib ke AS pada September lalu.

    Najib pada masa yang sama turut memberitahu, Malaysia juga sedang mempertimbangkan hubungan dengan Korea Utara dari pelbagai aspek termasuk hubungan diplomatik, politik dan ekonomi.

    Malaysia juga telah mula memperkenalkan visa untuk kemasukan warganegara Korea Utara ke negara ini berkuat kuasa pada Mac lalu. - K! ONLINE


    Subjects:

  • No Comment to " Malaysia sedang pertimbangkan menutup kedutaan di Pyongyang, Korea Utara - PM Najib "