• Malaysia, Qatar Tandatangani Empat MoU

    Published: Monday, 16 October 2017
    A- A+

    Putrajaya : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al-Thani menyaksikan empat memorandum persefahaman (MoU) ditandatangani di Seri Perdana di sini hari ini dalam mengeratkan hubungan dua hala Malaysia dan Qatar.

    Empat MoU berkenaan adalah kerjasama dalam bidang latihan diplomat, kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi, kerjasama aktiviti perundangan dan kerjasama kehakiman.

    Mewakili Malaysia dalam majlis menandatangani MoU terbabit adalah Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, Peguam Negara; Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Latifah Mohd. Tahar.

    Kerajaan Qatar pula diwakili oleh Menteri Luarnya, Sheikh Mohammed Abdulrahman Al-Thani dan Ketua Majlis Kehakiman Tertinggi Qatar, Masoud Mohamed A. Amiri.

    Terdahulu, sebelum majlis berkenaan, Najib bersama Sheikh Tamim mengadakan Mesyuarat Terhad dan Mesyuarat Delegasi secara tertutup. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Malaysia, Qatar Tandatangani Empat MoU "