• Mahkamah Bebaskan Pelajar Korea Selatan Selepas Polis Akui Menipu

    Published: Wednesday, 4 October 2017
    A- A+


    SEREMBAN: Mahkamah Tinggi di sini membebaskan seorang pelajar Korea Selatan berusia 20 tahun di atas tuduhan menyeludup dadah selepas seorang pegawai polis mengakui telah menipu semasa ujian dijalankan.

    Hakim Abu Bakar Jais membebaskan Kim Yun Soung selepas pihak pendakwaan mengambil keputusan untuk tidak meneruskan kes berkenaan.

    "Selepas mengambil kira hujah kedua-dua pihak, saya dengan ini membebaskan yang tertuduh," kata hakim tersebut.

    Kim dituduh telah menyeludup sebanyak 219 gram kanabis di sebuah pangsapuri di Bandar Baru Nilai pada 19 Oktober tahun lalu.

    Pertuduhan itu boleh membawa hukuman mati mandatori. - mStar

    Subjects:

  • No Comment to " Mahkamah Bebaskan Pelajar Korea Selatan Selepas Polis Akui Menipu "