• Mahathir Harus “Mohon Maaf” Terhadap Rakyat Sabah dan Sarawak- Tiong

    Published: Tuesday, 17 October 2017
    A- A+

    Bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamad perlu memohon maaf terhadap rakyat Sabah dan Sarawak kerana langsung tidak menghiraukan pembangunan terhadap dua buah negeri sepanjang 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri.

    Memetik laporan Dayak Daily, Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing berkata, ketika beliau meneraju Malaysia dahulu kedua-dua buah negeri ini sering dianaktirikan walaupun kedua-dua negeri ini merupakan penyumbang terbesar kepada negara ketika itu.

    Menurutnya, melalui rekod sememangnya banyak janji-janji yangbelum ditunaikan sepanjang 22 tahun pemerintahan beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia.

    Namun begitu, beliau ‘berhutang’ dan sepatutnya memohon maaf terhadap Sabah dan Sarawak kerana tidak mengambil berat dalam membangun Sabah Sarawak terutamanya kawasan di luar bandar.

    Beliau berkata demikian dalam satu sidang media baru-baru ini.

    Tiong juga berkata beliau berasa kecewa melihat video ketika ceramah Pakatan Harapan mengenai manifesto terkini mereka bagi Sarawak dalam Pilihanraya Umum ke 14 (PRU 14) akan datang dan menyifatkan bekas Perdana Menteri itu kini berubah sama sekali tidak seperti dahulu.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Mahathir Harus “Mohon Maaf” Terhadap Rakyat Sabah dan Sarawak- Tiong "