• Mahathir Bacul Selalu Serang Rosmah Kerana Takut Berdepan Najib

    Published: Monday, 2 October 2017
    A- A+
    Tindakan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad kerap menyerang isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebenarnya dibuat kerana marah Rosmah enggan bertemu dengannya dan melayan karenah politiknya yang semakin bercelaru.

    Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao berkata Rosmah sebelum ini tidak langsung mengambil tahu dan memberikan ulasan berkenaan perbuatan Mahathir yang memburukkan suaminya, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN).

    Bukan itu sahaja, Rosmah juga enggan bertemu atau berjumpa dengan Mahathir kerana beliau adalah individu yang suka menghina suaminya serta memfitnah kepimpinan Najib.

    "Mahathir sebenarnya dengki dengan pencapaian BN dan kecemerlangan parti dalam mentadbir negara, beliau sudah takut untuk menyerang PM Datuk Seri Najib kerana tidak ada fakta jadi Mahathir serang wanita.

    "Ini bukti, Mahathir ini bacul kerana tidak berani langsung berdepan dengan Najib sebaliknya serang isteri orang untuk cuba pengaruhi orang ramai supaya bencikan Najib," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

    Menurut Ramesh, sebagai seorang Perdana Menteri dan ketua parti Najib tidak pernah sekalipun menghina, memburukkan atau memperkatakan sesuatu yang tidak baik berkenaan isteri Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

    Beliau berkata, sebagai pemimpin UMNO, Najib boleh sahaja membuat kenyataan buruk dan mempengaruhi rakyat untuk membenci Siti Hasmah tetapi tidak dilakukan oleh Najib.

    "Najib tidak pernah sekalipun menyerang Dr Siti Hasmah dalam perang politiknya dengan Mahathir, tidak seperti Mahathir.

    "Beliau sudah tahu bahawa perjuangan Bersatu akan gagal dan Mahathir bakal tumbang jika mahu berdepan Najib, jadi beliau serang Rosmah dan malukan isteri PM," katanya.

    Beliau berkata, Rosmah adalah seorang yang bijaksana dan tenang apabila berdepan perkara sebegini serta beliau tidak mudah melatah sehingga menyuarakan kemarahan secara melampau.

    "Banyak pemimpin pembangkang sudah kalah dalam saman fitnah di mahkamah kerana memfitnah Rosmah dan yang paling diketahui ialah Rafizi yang terpaksa memohon maaf mengelakkan saman ke atasnya diteruskan," kata Ramesh.

    Dalam beberapa kejadian sebelum ini, banyak kritikan dan cemuhan yang dibuat oleh Mahathir kepada Rosmah tapi semuanya tidak dipedulikan langsung oleh Rosmah. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Mahathir Bacul Selalu Serang Rosmah Kerana Takut Berdepan Najib "