• Maharaja Akihito turun takhta Mac 2019

    Published: Friday, 20 October 2017
    A- A+

    TOKYO: Maharaja Akihito akan turun takhta pada akhir Mac 2019 dan Putera Mahkota Naruhito dijangka mewarisinya pada April, langkah pertama dilakukan monarki Jepun dalam masa dua abad, lapor akhbar Asahi hari ini.

    Kerajaan berada pada tahap akhir memuktamadkan tarikh, lapor Asahi, memetik beberapa sumber.

    Ahikito, 83, yang pernah menjalani pembedahan jantung dan rawatan barah prostat, berkata dalam kenyataan umum yang jarang dilakukan tahun lalu bahawa beliau bimbang sukar untuk meneruskan tugasnya.

    Beliau akan digantikan dengan Naruhito, 57, dan era baru akan bermula pada 1 April, lapor Asahi.

    Tarikh jangkaan akan meminimumkan kesan ke atas rakyat dalam perubahan kepada pemerintah diraja baru dari Era Heisei, yang bermula pada 1989 selepas kematian bapa Akihito, Hirohito.

    Majlis Diraja juga mahu peralihan diadakan pada musim bunga 2019 kerana banyak upacara keagamaan dijadualkan bagi keluarga diraja pada musim luruh dan sejuk.

    Akihito, maharaja Jepun pertama yang tidak dianggap suci, bertugas beberapa dekad di dalam dan luar negara untuk mengurangkan duka Perang Dunia Kedua yang dilancarkan atas nama bapanya. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Maharaja Akihito turun takhta Mac 2019 "