• LRT Di Sarawak Bukan Sekadar Janji Pilihanraya

    Published: Tuesday, 3 October 2017
    A- A+
    Sebelum ini, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengumumkan akan membina Sistem Aliran Ringan (LRT) dari Serian, Samarahan dan Kuching bagi menangani kesesakan jalanraya yang semakin meruncing. Inisiatif membina LRT merupakan jawapan bagi mengurangkan kesesakan jalanraya dan memudahkan pergerakan penduduk ke destinasi di tuju dalam masa yang singkat.

    Namun ramai netizen tidak yakin dengan kemampuan Abang Jo dengan meluahkan pelbagai komen negatif sehingga ada komen yang menyatakan ia adalah untuk memancing undi. Malah ada yang membuat komen melampau mengatakan Abang Jo hanya bercakap kosong.

    Tidak hanya setakat itu, netizen turut mengecam Abang Jo yang memimpin mengikut corak kepimpinan UMNO. Itulah persepsi netizen yang sebenarnya tidak dapat menerima cara Abang Jo membangunkan Sarawak.

    Abang Jo sedang giat berusaha untuk kepentingan rakyat dan bukan janji kosong semata mahupun janji untuk piliharaya. Abang Jo turut mengarahkan pihak berkaitan mengkaji bagaimana pembinaan LRT dapat dilaksanakan di negeri ini.

    Bukan setakat itu sahaja, Abang Jo sendiri membuat lawatan ke luar negara untuk melihat LRT yang sesuai dibina di Sarawak. Baru-baru ini Abang Jo menaiki LRT di Jerman dan melihat bagaimana LRT tersebut berfungsi dan selamat di guna di Sarawak.

    Maka, pengumuman Abang Jo hendak membina LRT di Sarawak merupakan perkara serius dan bukan janji pilihanraya. Ia adalah perancangan yang mengambil kira kepentingan rakyat serta memudahkan pergerakan rakyat yang jauh dari pusat bandar. – Abdul Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " LRT Di Sarawak Bukan Sekadar Janji Pilihanraya "