• Litrak Tawar Diskaun Tol Sempena Deepavali

    Published: Monday, 16 October 2017
    A- A+


    SHAH ALAM - Kumpulan Lingkaran Trans Kota Sdn. Bhd. (Litrak) hari ini mengumumkan diskaun tol antara 20 sen dan 60 sen bagi Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuh Lebuh Raya Sprint sempena sambutan perayaan Deepavali Rabu ini.

    Ketua Pegawai Eksekutifnya, Sazally Saidi berkata, diskaun tol itu akan diberikan bermula pukul 12 tengah malam hingga 11.59 malam pada hari Rabu ini.

    “Bagi pengguna di LDP mereka akan menikmati diskaun 60 sen, manakala bagi pengguna di Lebuh Raya Sprint diskaun tol yang diberikan adalah sebanyak 20 sen.

    “Diskaun ini diberikan kepada semua kelas kenderaan yang menggunakan kedua-dua lebuh raya tersebut,” katanya ketika ditemui pada majlis Sumbangan Deepavali Kumpulan Litrak di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Litrak Tawar Diskaun Tol Sempena Deepavali "