• Lima, Bandaraya Mexico Antara 10 Bandar Paling Berbahaya Untuk Wanita

    Published: Thursday, 19 October 2017
    A- A+


    LONDON -- Kajian oleh Yayasan Thomson Reuters baru-baru ini, mendedahkan dua bandar di Amerika Latin iaitu Lima dan Bandaraya Mexico berada dalam senarai sepuluh bandar raya paling berbahaya kepada kaum wanita.

    Dua bandar raya berkenaan berada di belakang Kaherah (Mesir), Karachi (Pakistan), Kinshasa (Congo) dan New Delhi (India) yang menduduki tempat teratas senarai.

    Kajian dilakukan berdasarkan empat bidang utama iaitu keganasan seksual, akses kepada penjagaan kesihatan, amalan kebudayaan dan peluang ekonomi.

    Bandaraya Mexico berada di tangga keempat dalam kategori keganasan seksual.

    Pada awal tahun ini, laporan Amnesty International mendapati 14,000 wanita di negara Amerika Latin dirogol setiap tahun.

    Menurut pertubuhan itu, jumlah berkenaan hanya mewakili 20 peratus daripada kes sebenar, memandangkan 80 peratus lagi kes tidak dilaporkan.

    Meskipun terdapat ribuan kes rogol dilaporkan setiap tahun, namun terlalu sedikit kes yang ditangani oleh sistem perundangan Mexico.

    Ibu negara Peru, Lima pula menduduki tempat pertama dalam kategori akses penjagaan kesihatan paling teruk.

    Wanita di bandar berkenaan berdepan kesukaran "mendapatkan perkhidmatan kesihatan sempurna termasuk masalah pengguguran yang menyalahi undang-undang".

    Sementara itu, London, Tokyo serta Paris disenaraikan sebagai bandar raya paling selamat untuk wanita. - BERNAMA

    Subjects:

  • 1 comment to ''Lima, Bandaraya Mexico Antara 10 Bandar Paling Berbahaya Untuk Wanita"

    ADD COMMENT
    1. Kat Malaysia pun bahaya juga untuk wanita, sehingga sejarah adanya yang dibunuh kemudian jasadnya diletupkan dan daftar kemasukannya ke negara ini dipadam oleh pihak imigresen. Di negara lain, adakah pernah berlaku perkara seperti itu?

      ReplyDelete