• Lidah Beruang Dibuang Selepas Membengkak

    Published: Wednesday, 25 October 2017
    A- A+


    LIDAH seekor beruang terpaksa dibuang selepas ia membengkak sebesar 3.17 kilogram hingga terpaksa diseret.

    Binatang itu yang diberikan nama Nyan Htoo menderita sejenis penyakit misteri. Dia dan seekor lagi beruang telah diselamatkan oleh sami di Myanmar daripada dijual secara haram.

    Pada 2016, veterinar telah membedah Nyan Htoo dalam usaha menyelamatkan lidahnya dengan membuang lebihan tisu namun lidah itu kembali membengkak.

    Akhirnya pada Jun lalu, selepas keadaan Nyan Htoo semakin teruk hingga mengganggu hidupnya, maka veterinar tiada pilihan lalu terpaksa membuang lidah tersebut.

    Pembedahan itu dilakukan oleh pakar bedah binatang, Heather Bacon dari University of Edinburgh’s Royal School of Veterinary Studies bersama-sama dengan jururawat Caroline Nelson.

    “Ini adalah peluang kepada kami untuk memberikan perbezaan kepada beruang itu dan mereka yang menjaganya.

    “Kini kita percaya lidah itu membengkak akibat jangkitan penyakit bawaan nyamuk dikenali sebagai elephantiasis.

    “Penyakit itu adalah penyakit biasa di Myanmar tetapi ia tidak pernah dilaporkan berlaku kepada beruang,’’ kata Heather.– MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Lidah Beruang Dibuang Selepas Membengkak "