• Lemar, Fabinho Dapat Lampu Hijau

    Published: Friday, 13 October 2017
    A- A+

    NAIB Presiden Monaco, Vadim Vasilyev mengakui Thomas Lemar dan Fabinho boleh meninggalkan kelab itu pada musim panas akan datang.

    Namun, beliau berkata peluang untuk mendapatkan khidmat penyerang Arsenal, Alexis Sanchez agak tipis.

    Polisi perpindahan Monaco bertukar daripada menandatangani khidmat pemain bintang kepada mencari dan membangunkan bakat muda seperti Tiemoue Bakayoko dan Kylian Mbappe.

    Lemar dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal dan Liverpoool manakala Manchester City dan Manchester United pula mahukan Fabinho.

    Bercakap kepada Sky Sports News, Vasilyev mengesahkan khabar angin itu dan mengakui kedua-dua pemain tersebut boleh angkat kaki, Januari depan.

    "Liverpool begitu berminat terhadap Lemar. Namun Arsenal nyaris memuktamadkan perpindahan pemain itu pada saat akhir.

    "Ia sangat hampir tetapi segalanya sudah terlambat, tidak cukup masa. Saya amat gembira dia kekal. Dia pemain penting untuk pasukan.

    "Pada Januari depan, dalam bola sepak, jangan kata tidak, tetapi apa yang berlaku tiada dalam perancangan kami.

    "Jadi kita akan tunggu dan lihat jika kami masih berminat terhadapnya. Januari bukan masa yang tepat untuk melakukan perubahan besar kepada pasukan," katanya.

    Ditanya mengenai Fabinho, beliau berkata, pemain itu merupakan tonggak utama pasukan ketika ini.
    "Dia amat penting dan sentiasa diturunkan dalam skuad utama. Kami amat gembira dia masih bersama pasukan. Saya fikir dia adalah pemain yang anda mahu simpan sampai bila-bila," katanya.

    Namun ketika ditanya mengenai Sanchez, Vasilyev menganggap peluang untuk membawa masuk pemain Chile itu amat tipis.

    "Dia pemain yang menakjubkan tetapi gajinya amat tinggi. Bagi saya ia tidak masuk akal untuk Monaco," katanya.-mStar


    Subjects:

  • No Comment to " Lemar, Fabinho Dapat Lampu Hijau "