• Lelaki Tertelan Kon Disangka Hidap Tumor

    Published: Tuesday, 3 October 2017
    A- A+


    SEORANG lelaki British kini boleh bernafas lega apabila ketumbuhan yang disangka terdapat pada paru-parunya adalah kon trafik mini Playmobil.

    Lelaki berusia 47 tahun itu dirujuk kepada para doktor di klinik pernafasan di Preston, England selepas mengalami batuk berpanjangan lebih setahun, menurut agensi berita BBC.

    Para doktor yang melakukan imbasan pada paru-paru pesakit tersebut pada mulanya menyangka objek asing itu adalah sejenis ketumbuhan kerana lelaki terbabit seorang perokok tegar.

    Keputusan imbasan ketika menjalankan ujian bronchoscopy membuatkan para doktor terkejut.

    Memetik laporan The Guardian pula, kon mainan itu merupakan hadiah yang diterima pesakit ketika berusia 7 tahun.

    Pasukan perubatan di klinik itu mengeluarkan objek tersebut menggunakan forseps.

    Kemudian, pesakit mengakui pernah menelan permainan Playmobil ketika zaman kanak-kanak, namun tidak menyangka ia terperangkap di paru-parunya.

    Selepas empat bulan dari kejadian itu, pesakit dilaporkan tidak lagi mengalami batuk-batuk.

    Subjects:

  • No Comment to " Lelaki Tertelan Kon Disangka Hidap Tumor "