• Lelaki Terbang Ke Udara Seperti Filem 'Up'

    Published: Saturday, 28 October 2017
    A- A+


    SEORANG lelaki merasai pengalaman seperti yang digambarkan dalam filem animasi bertajuk 'Up' terbitan Pixar pada 2009.

    Masakan tidak, dia berpeluang 'terbang' di udara pada ketinggian 8,000 kaki dengan diikat pada belon-belon yang berwarna-warni.

    The Adventurists, sebuah syarikat pengembaraan yang berpangkalan di Bristol, England menawarkan pengalaman percutian yang luar biasa kepada mereka yang mencari pengalaman yang berbeza.

    Setiap pengembaraan adalah untuk mendapatkan sumbangan kebajikan.

    Projek terbaru bagi mengumpulkan dana itu menjadikan filem animasi 'Up' sebagai inspirasi.

    Sebuah kerusi akan diikat dengan 100 belon diisi gas helium dan peserta yang menyukakan pengembaraan luar biasa akan duduk di atasnya dengan ketinggian 8,000 kaki.

    Bagaimanapun, idea itu perlu diuji terlebih dahulu sebelum ia boleh dibuka tempahan kepada pelanggan.

    Selepas dua bulan merancang, Pengasas The Adventurists, Tom Morgan dan pasukannya pergi ke Botswana untuk melakukan ujian awal.

    Pada 23 Oktober lalu, sebuah kerusi diikat dengan 100 belon dan dilengkapi kemudahan keselamatan, Morgan melakukan penerbangan itu.

    Pada mulanya dia naik secara perlahan-lahan tetapi kemudiannya semakin cepat apabila dia mulai mendekati lapisan atmosfera.

    Morgan mencapai pada ketinggian 8,000 kaki dan mengembara sejauh 25 kilometer dalam penerbangan selama dua jam.

    Beliau menyifatkan pengalaman itu sesuatu yang menyeronokkan dan sukar untuk dipercayai.

    Namun pada masa sama Morgan turut mengakui mengalami perasaan antara takut dan gembira kerana kerusi yang didudukinya terbang ke udara. - odditycentral/mStar

    Subjects:

  • No Comment to " Lelaki Terbang Ke Udara Seperti Filem 'Up' "