• Lelaki Tanpa Identiti Ditemui Rentung Di Dapur Rumah

    Published: Wednesday, 4 October 2017
    A- A+

    KUCHING: Seorang lelaki tanpa identiti ditemui rentung di bahagian dapur sebuah rumah di Jalan Batu Perak, Kota Sentosa dekat sini malam tadi.

    Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 10 malam itu, sebuah rumah telah terbakar sepenuhnya.

    Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, ketika operasi pemadaman api dijalankan, pihaknya menjumpai mangsa dalam keadaan tertiarap di atas lantai bahagian dapur rumah berkenaan.

    Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

    Sehingga berita ini ditulis identiti mangsa masih belum dikenalpasti dan operasi tamat pada jam 12.30 malam tadi.- Sarawakiana


  • No Comment to " Lelaki Tanpa Identiti Ditemui Rentung Di Dapur Rumah "