• Lelaki Pernah Dianggap Hodoh Terkenal, Isteri Cantik

    Published: Thursday, 19 October 2017
    A- A+


    SEORANG lelaki dari China, Mei Aisi, 35, kini menjadi sensasi internet di negaranya selepas dia berkongsi gambar bersama isterinya yang berasal dari Ukraine, Daria Mei.

    Ini kerana ramai yang tidak percaya bahawa lelaki hodoh dan tidak berpelajaran sepertinya mampu memiliki isteri yang cantik.

    Dia juga memuatnaik gambar aktiviti harian bersama isteri dan anak perempuannya, Alice Mei setiap hari, sekali gus menjadikan Mei terkenal.

    Isterinya, Daria, 23, merupakan penyanyi opera profesional dan memang cantik.

    Mei yang berhijrah ke Ukraine pada 2001 selepas gagal dalam peperiksaan untuk masuk ke universiti, kini menubuhkan perniagaan ‘mencari jodoh’ iaitu kelab Ulove dengan menjadikan kisahnya sebagai modal bagi menarik perhatian ramai.

    “Saya memutuskan untuk menubuhkan Ulove selepas ramai lelaki di China bertanyakan kepada saya bagaimana cara untuk mencari isteri yang cantik.

    “Berbanding dengan lelaki Ukraine, lelaki China jauh lebih baik sebagai suami,’’ katanya.

    Ulove berfungsi sebagai agensi pencari jodoh yang menghubungkan wanita Ukraine dengan lelaki China.

    Untuk itu, bayaran keahlian tahunan berjumlah RM180,000 sebagai ahli VIP dikenakan dan pelanggan juga perlu membelanjakan sebanyak RM44,000 untuk setiap kali sesi pertemuan yang diadakan di kelab golf mewah di Kharkiv. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Lelaki Pernah Dianggap Hodoh Terkenal, Isteri Cantik "