• Lelaki Maut Tersepit Dalam Mesin Kertas

    Published: Tuesday, 17 October 2017
    A- A+

    Lelaki yang sedang menyelenggara mesin memproses kertas maut selepas tersepit di dalam mesin itu, di kilang kertas di Bentong, malam semalam.

    Dalam kejadian 11.50 malam itu, mangsa, Mohamed Saiful Nizal berusia 30 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di badan.

    Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bentong Zainal Abidin Nong Chik berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12.01 tengah malam sebelum sepasukan anggotanya bergegas ke lokasi.

    "Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa masih tersepit dalam mesin memproses kertas itu dan kita mengambil masa setengah jam untuk mengeluarkannya," katanya ketika dihubungi, hari ini.

    Beliau berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut dan dibawa ke Hospital Bentong (HB).-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Lelaki Maut Tersepit Dalam Mesin Kertas "