• Lelaki Maut Dipukul Gara-Gara Cinta Terlarang

    Published: Friday, 27 October 2017
    A- A+

    ALOR SETAR - Seorang lelaki maut selepas dibelasah enam individu dipercayai berpunca kerana percintaan dengan wanita yang tidak direstui keluarga di sebuah rumah di Perumahan Awam Mergong, di sini hari ini.

    Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd. Rozi Jidin berkata mangsa, Thomas Ooi Choon Chai, 33, dilaporkan tidak sedarkan diri selepas sepasukan anggota perubatan cuba merawatnya pada pukul 11.53 pagi.

    "Siasatan awal mendapati mangsa dipukul enam lelaki yang dikenalinya sebelum tiga individu termasuk teman wanitanya menghubungi pihak hospital untuk mendapatkan bantuan kecemasan.

    "Mangsa mempunyai lebam pada pipi kiri selain hidungnya berdarah dan kesan calar pada bahagian dada," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

    Menurut Mohd. Rozi, siasatan awal pihaknya juga mendapati punca kejadian itu disebabkan percintaan mangsa dengan wanita berlainan bangsa itu tidak direstui keluarga.

    Tambahnya, kesemua suspek dikenal pasti dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Lelaki Maut Dipukul Gara-Gara Cinta Terlarang "