• Lelaki Lari Dari Kampung Diserang Hantu Wanita

    Published: Monday, 16 October 2017
    A- A+


    SEKUMPULAN lelaki terpaksa melarikan diri daripada kampung mereka akibat ketakutan kerana terdapat hantu wanita yang hanya menyerang penduduk lelaki di situ.

    Keadaan ini menyebabkan hanya kaum wanita sahaja yang mendiami kampung kecil di Kasiguda, di daerah Telangana.

    Berita mengenai hantu yang menyerang kaum lelaki itu tersebar selepas tiga orang termasuk dua beradik lelaki, dibunuh dalam masa tiga bulan.

    Mereka dilaporkan dicekik oleh hantu wanita. Kampung itu yang hanya didiami kira-kira 60 orang, kini sunyi sepi dengan penduduk tidak berani keluar rumah. Pintu dikunci manakala tingkap pula ditutup rapat.

    Ada juga yang terus tidur pada waktu siang dan langsung tidak keluar rumah.

    Mereka yang melarikan diri itu tidak bercadang untuk balik ke kampung tersebut sehingga hantu itu berjaya dihapuskan, demikian lapor Times Of India. -MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Lelaki Lari Dari Kampung Diserang Hantu Wanita "