• Lelaki Dirakam Ketika Cabul Anjing

    Published: Monday, 23 October 2017
    A- A+


    SEORANG lelaki dirakam telah meliwat seekor anjing menerusi satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Teluk Intan.

    Kejadian tersebut disedari setelah pemilik bengkel membaiki kenderaan melihat rakaman CCTV selepas cuti perayaan Deepavali baru-baru ini.

    Oriental Daily melaporkan video yang dirakam di Jalan Changkat Jong pada pagi Rabu lalu menunjukkan lelaki itu menghampiri pagar depan bengkel dengan seekor anjing di bahunya.

    Menerusi rakaman itu, dia dilihat berhenti pada sisi pagar sebelum melutut dan meletakkan anjing di hadapannya.

    Sambil memegang kaki anjing, lelaki itu bertindak meliwat haiwan itu yang cuba untuk untuk melepaskan diri, namun tidak berjaya.

    Menurut pemilik bengkel itu, lelaki berkenaan adalah gelandangan dan mempunyai masalah mental.

    Anjing itu pula merupakan anjing terbiar di kawasan tersebut.

    Rakaman berkenaan tersebar di beberapa laman Facebook pencinta anjing sehingga mencetuskan kemarahan dalam kalangan netizen. - mStar

    Subjects:

  • No Comment to " Lelaki Dirakam Ketika Cabul Anjing "