• Lelaki Cedera Telefon Meletup Dalam Poket

    Published: Thursday, 5 October 2017
    A- A+


    JAWA TENGAH - INDONESIA. Seorang lelaki cedera ringan selepas telefon yang disimpan dalam poket bajunya tiba-tiba meletup dan terbakar.

    Laporan Coconuts Jakarta mendakwa telefon jenis Samsung Grand Duos berada dalam poket di bahagian dada jaket baju mangsa, Yulianto ketika kejadian.

    Melalui rakaman CCTV, peranti tersebut didapati tiba-tiba meletup sebelum terbakar dengan api berwarna biru.

    Mangsa berjaya mengurangkan risiko kecederaan dengan menanggalkan bajunya dengan pantas.

    Jurucakap polis Jawa Tengah, Agus Triatmojo mengesahkan kejadian tersebut berlaku pada 30 September lepas di Hotel Ciputra, Semarang.

    Kata Agus, pihaknya masih menyiasat punca letupan tersebut dan menambah peranti berkenaan tidak dicas sebelum kejadian.- Sinar Harian

    Subjects:

  • No Comment to " Lelaki Cedera Telefon Meletup Dalam Poket "