• Leicester lantik Puel ganti Shakespeare

    Published: Thursday, 26 October 2017
    A- A+


    LONDON: Bekas juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Leicester City menamakan bekas pengurus Southampton, Claude Puel sebagai pengurus baharu susulan pemecatan Craig Shakespeare minggu lalu.

    The Foxes memenangi gelaran liga di bawah kendalian Claudio Ranieri pada musim 2015-16 sebelum memecatnya Februari lalu dan biarpun menunjukkan petanda positif di bawah Shakespeare akhir musim lalu, mereka kini hanya satu mata dipisahkan dengan zon penyingkiran.

    Puel, 56, yang juga adalah bekas jurulatih Monaco, Lyon dan Nice di Perancis, akan memulakan tugasan pertama Ahad ini apabila Leicester menerima kunjungan Everton di Stadium King Power.

    "Apabila kami memulakan proses mengenal pasti jurulatih, jawatankuasa segera menyenaraikan beberapa jurulatih berprofil tinggi dan kami putuskan Claude Puel sebagai individu tepat untuk membawa kelab ke depan," kata naib pengerusi Leicester, Aiyawatt Srivaddhanaprabha.

    "Apabila bertemu Puel, kami begitu terpegun dengan pengetahuannya mengenai pasukan ini, potensi dimiliki kami dan visi untuk mengangkat kembali kelab ini."

    Pengendali dari Perancis itu, yang disingkirkan Southampton Jun lalu selepas hanya semusim mengemudi The Saints ke tangga kelapan EPL, berkata ia adalah satu penghormatan untuk menjadi pengurus Leicester. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Leicester lantik Puel ganti Shakespeare "