• Lebih 60,000 Telur Penyu Diselamatkan Di Honduras

    Published: Tuesday, 17 October 2017
    A- A+


    TEGUCIGALPA – Sejumlah 63,423 telur penyu laut berjaya diselamatkan di Honduras, semasa tempoh penutupan Teluk Fonseca dari 1 hingga 25 September, menurut kumpulan alam sekitar hari ini.

    Pengarah Pertubuhan Progolfo, Luis Turcios berkata, bilangan telur yang berjaya diselamatkan tahun ini merupakan pencapaian luar biasa dan tidak pernah berlaku sebelum ini, dalam tempoh empat dekad.

    Kejayaan itu katanya, hasil sokongan diberikan individu, syarikat swasta dan institusi kerajaan dalam menjaga ekosistem.

    Dalam usaha menyelamatkan telur dan memastikan anak penyu yang baru menetas dapat dilepaskan pada November depan, lima kubu penyu dibina di pantai Honduras.

    Beliau berharap usaha itu dapat mencapai sasaran 95 peratus kelahiran anak penyu.

    Menurut beliau, Honduras ‘dilihat sebagai sebuah kawasan perlindungan untuk pembiakan penyu laut spesis olive ridley yang terkecil di dunia.’

    Dalam perjalanan penyu itu dari Patagonia, Chile ke California (Amerika Syarikat), spesis itu menggunakan Teluk Fonseca sebagai tempat makan dan peneluran.

    Tambah beliau, jika setiap kali lebih ramai nelayan terlibat aktif dalam pengumpulan dan penjagaan telur penyu, ia sekaligus dapat memulihara spesis penyu berkenaan selain dapat menyumbang kepada usaha mengekalkan keseimbangan ekosistem. – BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Lebih 60,000 Telur Penyu Diselamatkan Di Honduras "