• Lebih 460 Cedera Insiden Kekecohan Di Catalonia

    Published: Monday, 2 October 2017
    A- A+

    MADRID: Lebih 460 orang dilaporkan cedera dalam insiden kekecohan di seluruh Catalonia pada Ahad, ketika pihak polis bertempur dengan orang ramai yang berhimpun bagi menyokong pungutan suara yang diadakan.

    Pungutan suara itu diadakan bagi membolehkan Catalonia mendapatkan kemerdekaan dari Sepanyol.
    Namun ia dianggap tidak sah oleh Madrid.

    Kerajaan Catalonia berkata kira-kira 90 peratus daripada 2.25 juta pengundi menyokong kemerdekaan.Ia mewakili kira-kira 42 peratus pengundi berdaftar.

    Datuk Bandar Barcelona, Ada Colau menggesa peletakan jawatan Perdana Menteri Sepanyol, Mariano Rajoy.

    Malah Colau juga mahu polis menamatkan tindakan keganasan terhadap rakyat yang lemah.

    "Saya selaku Datuk Bandar Barcelona mendesak pihak polis supaya menamatkan tindakan ganas terhadap rakyat yang tidak berdaya," katanya.

    Malah, dalam satu kenyataan berasingan, perkhidmatan kesihatan Catalan mengesahkan 465 orang cedera dan dua daripadanya berada dalam keadaan kritikal di hospital.-mStar

    Subjects:

  • No Comment to " Lebih 460 Cedera Insiden Kekecohan Di Catalonia "