• Lebih 220 Suspek Rampasan Kuasa Turki Didakwa Hari Ini

    Published: Monday, 30 October 2017
    A- A+

    ANKARA: Satu perbicaraan besar-besaran dijadualkan berlangsung di Turki hari ini, ke atas lebih 220 suspek, termasuk bekas jeneral yang dituduh mengetuai rampasan kuasa bagi menjatuhkan Presidennya, Recep Tayyip Erdogan, tahun lalu.

    Suspek bakal berdepan hukuman mati jika disabitkan dengan kesalahan menggunakan keganasan dalam cubaan menggulingkan kerajaan dan Parlimen, yang mengorbankan hampir 250 orang.

    Turki mendakwa cubaan rampasan kuasa pada 15 Julai 2016 itu didalangi ulama, Fethullah Gulen, namun tuduhan itu dinafikan sekeras-kerasnya.

    Fethullah yang kini tinggal dalam buangan di Amerika Syarikat adalah antara 221 suspek yang disebut dalam dakwaan itu, namun masih bebas, manakala yang lain ditetapkan untuk hadir ke mahkamah.

    Antara suspek yang terbabit dalam pendakwaan berprofil tinggi Turki adalah beberapa pegawai tentera berpangkat tinggi, termasuk bekas Komander Tentera Udara, Akin Ozturk. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Lebih 220 Suspek Rampasan Kuasa Turki Didakwa Hari Ini "