• Lebih 20 Pekerja Maut Kilang Mercun Meletup

    Published: Thursday, 26 October 2017
    A- A+


    JAKARTA: Lebih 20 pekerja kilang mercun dilaporkan maut manakala lebih 50 lagi cedera dalam satu kejadian letupan di kilang berkenaan di Tangerang, dekat sini.

    Dalam kejadian 9 pagi itu, dilaporkan berlaku dua letupan sebelum kilang itu terbakar/

    Menurut laporan media dalam talian, jumlah mangsa yang dilaporkan maut setakat ini ialah sebanyak 23 orang dan kebanyakan mayat ditemukan di bahagian belakang kilang.

    "Jumlah korban hingga saat ini 23 orang," kata Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Polis Daerah Metro Jaya Nico Afinta kepada wartawan di lokasi, Pergudangan 99, Kosambi, Tangerang pada Khamis.

    Nico berkata, semua mangsa yang maut masih belum dikenal pasti dan kebanyakan mayat ditemukan dalam keadaan rentung.

    Polis juga sedang mengambil keterangan kaum keluarga para pekerja kilang berkenaan dalam proses mengenal pasti semua mangsa terbabit.

    Sebanyak 103 orang direkodkan sebagai pekerja di kilang berkenaan dan pasukan bomba masih menjalankan kerja-kerja pemadaman api sejak lebih lima jam.

    Mereka yang cedera sedang dirawat di beberapa buah hospital di sekitar Jakarta.

    Polis masih menyiasat punca kejadian dan tidak menolak kemungkinan jumlah mangsa yang terkorban mungkin bertambah. - Bernama
    Subjects:

    Subjects:

  • No Comment to " Lebih 20 Pekerja Maut Kilang Mercun Meletup "